KOTA KINABALU: Kerajaan bercadang membentangkan Rang Undang-Undang Imuniti Negara yang kini dalam peringkat dasar pada sidang Parlimen Oktober depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata undang-undang berkenaan akan mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa mengenai kekebalan beraja, perkhidmatan berkesan kepada negara asing, menegakkan hak dan kepentingan pihak berkaitan, menjaga kedaulatan negara serta mempromosi hubungan baik dengan negara lain.
"Akta Imuniti Negara bertujuan mengkodifikasikan prinsip kekebalan negara sebagai sebahagian undang-undang Malaysia, mencerminkan usaha Malaysia dalam memastikan kedaulatan negara dilindungi dalam hal tuntutan," katanya.
Azalina berkata demikian ketika berucap secara dalam talian pada Kolokium Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa 2023 yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.
Menurut Azalina pada 6 Jun 2023, kerajaan Malaysia memperoleh kemenangan bersejarah dalam pertikaian undang-undang berterusan dengan kumpulan Sulu apabila Mahkamah Rayuan Paris mendapati bahawa penimbang tara secara salah mengekalkan bidang kuasanya.
"Keputusan ini telah mengukuhkan kedudukan dan keyakinan yang besar kepada pendirian tegas Malaysia dalam perkara ini. Lebih penting, keputusan bersejarah terkini oleh Mahkamah Rayuan The Hague pada 27 Jun 2023 adalah keputusan pertama menolak percubaan pemohon untuk mengiktiraf dan menjalankan penganugerahan akhir yang didakwa.
"Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini akan menyumbang kepada kejayaan berikutnya dalam prosiding berterusan yang dilancarkan oleh Kerajaan untuk menentang pengiktirafan dan pelaksanaan Penganugerahan Akhir di bidang kuasa lain, termasuk di Luxembourg," katanya.
Sementara itu, Hajiji dalam ucapan perasmiannya menggesa masyarakat global untuk bersama-sama Sabah dalam menolak tuntutan tidak berasas oleh kumpulan Sulu, yang mengancam bukan sahaja Malaysia tetapi juga prinsip yang menyokong ketenteraman antarabangsa.
"Masyarakat antarabangsa memainkan peranan penting dalam menyokong pendirian Malaysia dalam perkara ini. Kami berterima kasih atas solidariti yang dizahirkan oleh rakan-rakan dan sekutu kami, yang memahami kepentingan menegakkan prinsip kedaulatan dan integriti wilayah.
"Keputusan terbaru di Mahkamah Rayuan Paris di Perancis dan di Mahkamah Rayuan The Hague, Belanda adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan dalam melindungi hak, integriti dan kedaulatan Sabah," katanya.
Hajiji mengulangi bahawa kerajaan Sabah dengan tegas menolak award akhir yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 dan tidak mengiktiraf kesahannya.
"Kami menganggap ia tidak berasas, tidak mempunyai sebarang asas undang-undang atau sejarah. Kami melihatnya sebagai percubaan untuk menjejaskan kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia, terutamanya berkaitan negeri Sabah," katanya.
Hajiji berkata award akhir itu telah membangkitkan pertikaian undang-undang antarabangsa yang berterusan antara kerajaan Malaysia dan kumpulan yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu tersebut.
Beliau berkata award itu telah mencetuskan perbincangan dan perbahasan yang meluas, memerlukan perhatian dan respons kerajaan negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan.
"Saya berkeyakinan penuh terhadap kerajaan Persekutuan yang telah bekerja keras bersama-sama pejabat Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah untuk menangkis cerita palsu yang disebarkan oleh mereka yang menyokong tuntutan Sulu.
"Kerajaan negeri Sabah akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan untuk menangani kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Azalina berkata undang-undang berkenaan akan mencerminkan prinsip am undang-undang antarabangsa antaranya mengenai kekebalan beraja dan perkhidmatan berkesan kepada negara asing. -Gambar fail/Bernama
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Rayuan Najib hadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB ditolak
Permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan beliau menghadiri prosiding tuntutan sivil 1MDB, ditolak.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.